Sistem Profil Projek ICT Sektor Awam (PROFIT) dibangunkan sebagai pangkalan data yang menyimpan maklumat semua projek-projek ICT di agensi Kerajaan. Sistem PROFIT membolehkan maklumat projek ICT di agensi Kerajaan disimpan, dikemaskini serta dianalisa dari masa ke semasa melalui laporan bergrafik yang dijana melalui sistem ini.

Selain berperanan sebagai databank maklumat projek ICT, Sistem PROFIT juga menyediakan kemudahan penilaian dan kelulusan dari segi teknikal bagi perolehan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) daripada Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Kementerian dan agensi lain serta Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT) yang berurus setia di MAMPU.

Secara umum, sistem PROFIT ini melibatkan:

  • Pengurusan Profil Projek ICT
  • Pengurusan Permohonan dan Kelulusan JPICT; dan
  • Pengurusan Permohonan Perolehan dan Keputusan JTICT

Melalui PROFIT, maklumat projek ICT di agensi Kerajaan serta permohonan JPICT dan JTICT boleh dicapai dengan mudah dan pemantauan kemajuan pelaksanaan projek juga dapat dilaksanakan dengan cepat dan tepat.